TENTANG KAMI

“SAYA CABAR PELADANG AGAR WUJUDKAN KILANG BERTARAF DUNIA”

TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD PADA HARI PELADANG KEBANGSAAN 1993

TENTANG KAMI
TENTANG KAMI
TENTANG KAMI

SEJARAH KAMI

MALAYSIAN NPK FERTILIZER SDN BHD (MNFSB) MERUPAKAN PENGELUAR BAJA SEBATIAN NPK UTAMA DI MALAYSIA. DENGAN KAPASITI PENGELUARAN SEBANYAK 310000 METRIK TAN SETAHUN, KILANG INI TELAH MEMBEKALKAN BAJA NPK KEPADA PESAWAH-PESAWAH DI SELURUH MALAYSIA.

PENUBUHAN KILANG INI TELAH DIILHAMKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEEMPAT, YANG AMAT BERHORMAT TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD BERTUJUAN MEMBANTU PELADANG UNTUK MEMPUNYAI KILANG SENDIRI YANG MEMBEKALKAN BAJA UNTUK KEGUNAAN PETANI DI SELURUH MALAYSIA.

PADA TAHUN 2005, KILANG INI SIAP DIBINA SEPENUHNYA DENGAN USAHASAMA PETRONAS CHEMICAL FERTILISER KEDAH SDN BHD (PCFKSB) YANG DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI PETRONAS FERTILIZER KEDAH SDN BHD. PCFKSB MEMILIKI PEGANGAN SAHAM SEBANYAK 20% DAN SELEBIHNYA 80% DIMILIKI SEPENUHNYA OLEH PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS).

KINI, KILANG INI TERUS KUKUH DAN AKAN TERUS MEMBELA MASA DEPAN PELADANG DENGAN MEMBEKALKAN BAJA YANG BERKUALITI TINGGI DAN BERDAYA SAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA. “BAJA YANG BERKUALITI, UNTUK HASIL YANG LEBIH BAIK!”