Program Tautan Tani 2023 – PPK Endau

02 Ogos 2023 | Program Tautan Tani PPK Endau

Mersing – Program Tautan Tani 2023 yang dianjurkan oleh Kumpulan Perniagaan Input Baja & Kimia, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Endau bertujuan untuk memberi pendedahan terkini mengenai Pemindahan Teknologi (TOT) ilmu pertanian bersama agensi kerajaan yang berkaitan.

Pengisian program berkenaan penggunaan input pertanian baja dan racun subsidi disamping merapatkan hubungan antara NAFAS dan ahli-ahli peladang PPK Endau.