COVID-19

Virus SARS-CoV-2 tadalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China. COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza.

Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan. Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.

Oleh itu, wabak ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada seluruh dunia. Wabak ini bukan sahaja meragut cinta di kalangan keluarga, bangsa dan negara namun ia juga mampu meragut nyawa yang begitu ramai dalam sekelip mata dengan izin-Nya. Kesan wabak sejak 2019 ini membuka mata semua bahawa Allah SWT sahaja tempat bergantung dan tempat memohon pertolongan.

Krisis pandemik ini telah menyebabkan perubahan dalam cara syarikat mengejar objektif ekonomi, sosial dan alam sekitar mereka, dengan memberikan lebih kepentingan kepada peranan yang mesti mereka mainkan dalam masyarakat.