Program Tautan Tani 2023 – PPK Jaya Peringat

13 Jun 2023 | Program Tautan Tani PPK Jaya Peringat

Kota Bharu – Program Tautan Tani 2023 yang dianjurkan oleh Kumpulan Perniagaan Input Baja & Kimia, Pertubuhan Peladang Kebangsaan(NAFAS) bersama-sama PPK Jaya Peringat bertujuan untuk memberi pendedahan terkini mengenai Pemindahan Teknologi (TOT) ilmu pertanian bersama agensi kerajaan yang berkaitan.

Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan NAFAS dengan ahli-ahli peladang justeru menunjukkan NAFAS sentiasa komited dalam memenuhi Obligasi Sosial dalam Kontrak Baja Subsidi bersama kerajaan dan seterusnya memastikan ahli peladang berada pada landasan yang terkini dalam ilmu-ilmu berkaitan pertanian.