15 Julai 2023 | PPK Kangkong
Simpang Empat, Kedah – Program Tautan Tani 2023 yang dianjurkan oleh Kumpulan Perniagaan Input Baja & Kimia, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama-sama PPK Kangkong bertujuan untuk memberi pendedahan terkini mengenai Pemindahan Teknologi (TOT) ilmu pertanian bersama agensi kerajaan yang berkaitan.
Ahli peladang diberi taklimat berkenaan Baja, Intipati Baja, Cara mengenalpasti baja tulen@tiruan dan Kilang pemprosesan Baja MNFSB di Gurun, Kedah oleh En Muhammad Mujahid Bin Abdul hamid. Manakala En Mohd Nasir Bin Jaafar turu berkongsi ilmu-ilmu pertanian dan isu semasa mengenai pertanian.














