
Dalam usaha mengelak berlakunya kemalangan serius, pihak MNFSB amat menitik beratkan soal keselamatan pekerjanya. Untuk itu, satu majlis penyerahan jaket keselamatan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Aimi Bin Haji Jusoh, merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MNFSB pada 23 Disember 2022 di perkarangan dataran bangunan Pentadbiran MNFSB.
Diharapkan dengan penyerahan jaket keselamatan ini kepada kakitangan MNFSB dapat terus menjamin keselamatan kakitangan MNFSB ketika berada di jalan raya.















