MAHA 2022-Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

Selepas empat tahun, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kembali menemui orang ramai 4 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2022 dengan bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan.

Pameran yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, ia memberikan fokus kepada seperti Agro Trade iaitu membabitkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan.

Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) sebagai anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) turut bersama-sama melibatkan diri sepanjang pameran MAHA berlangsung.

Antara gelagat daripada pengunjung-pengunjung yang singgah ke booth MNFSB.