

Tanah Dijaga, Hasil Berganda!. Tanah merupakan salah satu medium penting dalam pertanian. Tahap kesuburan tanah akan menentukan prestasi hasil sesuatu tanaman. Namun, masih ramai yang tidak mengambil peduli dengan penjagaan tahap kesuburan tanah sehingga menjadi masalah yang berlarutan tanpa kesudahan. Antara masalah tanah yang sering berlaku seperti tanah masam/berasid, tanah jerlus dan tahap “CEC” yang rendah. Keadaan ini akan menyebabkan kesukaran penyerapan nutrient daripada tanah ke dalam pokok melalui akar pokok.
Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. telah membawa satu produk khas iaitu bahan perapi tanah pelbagai fungsi yang dinamakan “Silgrow 88”. Keistimewaan produk yang berunsurkan mineral ini adalah bukan sahaja bertindak dalam mengawal tahap keasidan tanah malah juga memperbaiki struktur dan tekstur tanah, meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah.
Kehadiran dua komponen utama iaitu unsur Kalsium yang akan mengubah pH tanah ke tahap kesuburan optimum manakala unsur Silika akan membantu dalam struktur tanah supaya dapat menahan nutrient dalam tanah dengan lebih lama. Unsur Silika juga menyumbang kepada penghasilan akar yang lebih panjang serta batang yang lebih keras.
Silgrow 88 mula digunakan secara meluas di beberapa tempat seperti di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor. Produk ini juga telah dibawa khas dalam Projek Tanaman Padi Bersepadu Model NAFAS-Petronas di Kampung Namdam, kawasan luar jelapang sebagai bahan perapi tanah. Penggunaannya adalah sebanyak 100kg @ 4 beg per hektar semasa proses rotor kedua. Silgrow 88 telah menjadi salah satu penyumbang dalam peningkatan hasil sebanyak 60% semasa projek tersebut dijalankan. Produk ini juga boleh digaul sekali bersama baja sebatian kimia yang lain.
Selain itu, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. juga menghasilkan “Baja PELADANG – Baja Sebatian Unggul, Lebih Hasil!. Sebagai sebuah kilang baja yang mempunyai teknologi maju serta mematuhi piawaian, kualiti penghasilan baja sentiasa dikawal supaya spesifikasi produk yang terpampang di beg adalah terjamin. Antara produk yang dihasilkan seperti Sebatian 25, Sebatian 44, Sebatian 45, Sebatian 55, Sebatian 65, Sebatian 70K, Sebatian Ultra K, Hi K Plus dan juga MPOB F3. Baja PELADANG boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif kepada para petani selain daripada penggunaan baja import di pasaran.


